10 Maklumat Yang Perlu Ada Pada Sticker Label Produk

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Artikel ini akan menerangkan tentang maklumat yang wajib ada untuk sticker label produk. Sticker label produk adalah salah satu bahan marketing yang berkuasa. Maklumat yang perlu ada dalam sticker label sangat penting untuk diberi perhatian kerana ia adalah petunjuk kepada produk yang dikeluarkan oleh usahawan.

Jadi, artikel ini bertujuan untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan penerangan tentang maklumat yang perlu ada dalam sticker label supaya usahawan-usahawan diluar sana dapat mengembangkan bisnes dengan menggunakan sticker label.

 

Maklumat yang perlu ada dalam sticker label produk

  1. Nama Produk

Maklumat yang perlu ada dalam sticker label produk ialah nama produk yang dihasilkan. Nama produk amat penting untuk memberitahu bakal pelanggan atau customer kita tentang produk yang kita hasilkan. Sebagai contoh, Aina Bakery adalah nama kedai yang menjual pelbagai jenis pastri dan kek. Jadi, nama produk yang perlu disertakan dalam sticker label tersebut adalah “Blueberry Cheesecake”. Ini akan lebih menarik perhatian bakal pelanggan atau customer untuk membeli kerana lebih mengiurkan.

Berdasarkan pengalaman penulis, melihat nama produk makanan sahaja sudah cukup membuatkan penulis membayangkan keenakannya. Lebih lebih lagi makanan kegemaran penulis. Ini menunjukkan nama produk pada sticker label amat penting untuk menarik perhatian bakal pelanggan untuk membeli produk kita.

 

Maklumat yang perlu ada dalam sticker label produk

  1. Ramuan atau Bahan Kandungan

Maklumat seterusnya yang perlu ada dalam sticker label produk ialah ramuan atau bahan kandungan. Ramuan atau bahan kandungan yang asas perlulah disertakan dalam sticker label produk. Sebagai contoh “Blueberry Cheesecake”, ramuan atau bahan kandungan yang perlu disertakan dalam sticker label produk adalah krim keju, susu pekat, telur, blueberry.

Sesetengah pelanggan mempunyai alergi atau alah kepada makanan tertentu. Jadi, ramuan atau bahan kandungan dalam sticker label memberikan panduan dan maklumat awal kepada bakal pelanggan untuk membuat pilihan makanan.

 

Maklumat yang perlu ada dalam sticker label produk

  1. Berat Bersih atau Kuantiti

Maklumat seterusnya yang perlu ada dalam sticker label produk ialah berat atau kuantiti. Berat yang perlu disertakan adalah berat bersih. Berat bersih bermaksud berat eksklusif produk tertentu, tidak termasuk berat bungkusan atau bahan lain selain dari produk itu sendiri. Berat bersih yang disertakan perlulah tepat tanpa simbol “+ -”.

Simbol “+ -” pada berat bersih adalah satu kesalahan yang tidak patut dilakukan. Ia dapat mengelirukan pelanggan tentang berat sebenar produk atau makanan yang dijual. Sebagai contoh, berat kerepek pisang yang perlu ada pada sticker label adalah 500 g manakala kuantiti karipap sejuk beku pula adalah 10 biji. Jadi, berat atau kuantiti yang tepat adalah salah satu maklumat yang perlu ada dalam sticker label untuk memudahkan bakal pelanggan membuat pilihan.

 

Maklumat yang perlu ada dalam sticker label produk

  1. Tarikh luput atau expired date

Tarikh luput atau expired date adalah salah satu maklumat yang perlu ada dalam sticker label produk. Ia memberikan maklumat tentang tarikh akhir produk itu selamat untuk dimakan. Ia amat diperlukan pada sticker label sesuatu produk supaya pengguna boleh mengagak tempoh masa untuk menggunakan barangan yang dibeli itu.

 

Maklumat yang perlu ada dalam sticker label produk

  1. Fakta Nutrisi

Salah satu maklumat yang perlu ada dalam sticker label ialah fakta nutrisi. Fakta nutrisi yang perlu disertakan adalah empat kategori iaitu tenaga, karbohidrat, lemak dan protein. Sebagai contoh, setiap 100gram makanan yang dibungkus mengandungi berapa jumlah tenaga, karbohidrat, lemak dan protein.

Mengikut Akta Makanan 1983, bukan semua makanan perlu ada fakta nutrisi. Terdapat sesetegah makanan yang dikecualikan seperti dinyatakan dalam Akta Makanan 1983 subperaturan (2). Ini kerana usahawan perlu menjalani ujian makmal (lab test) ke atas makanan yang dijual untuk mendapatkan fakta nutrisi yang betul.

 

Maklumat yang perlu ada dalam sticker label produk

  1. Maklumat Syarikat

Selain itu, maklumat yang perlu ada dalam sticker label produk adalah maklumat syarikat. Maklumat syarikat yang dimaksudkan ialah alamat, nombor telefon dan sosial media. Alamat penting untuk surat menyurat malah menunjukkan bukti kewujudan perniagaan kita. Seperti yang kita tahu, dalam era teknologi ini, nombor telefon dan media sosial juga amat penting untuk pengguna menghubungi dan mencari kita. Ini akan memudahkan proses order semula (repeat order) daripada pengguna atau pelanggan.

Berdasarkan pengalaman penulis, sosial media pada sticker label membuatkan penulis mengikuti laman Instagram kerana makanan yang dijual menepati citarasa penulis sekeluarga. Penulis rasa tertarik untuk mencuba makanan lain yang dijual dan mengesyorkan kepada rakan dan ahli keluarga yang lain untuk mencuba. Ini jelas menunjukkan maklumat syarikat amat penting untuk disertakan pada sticker label produk bagi mengembangkan perniagaan.

 

Maklumat yang perlu ada dalam sticker label produk

  1. Jenama atau logo

Seterusnya, maklumat yang perlu ada dalam sticker label produk ialah jenama atau logo syarikat. Tujuan utama untuk sertakan jenama atau logo syarikat dalam sticker label adalah branding. Branding untuk perniagaan juga boleh dibuat dengan menggunakan warna, tagline atau logo.

Sebagai contoh, apabila kita melihat warna merah dan kuning mengingatkan kita kepada Mc Donald’s. Penggunaan branding warna oleh Mc Donald’s memberikan impak kepada orang ramai untuk mengingati mereka. Walau bagaimanapun, jenama atau logo adalah pilihan bagi usahawan untuk sertakan atau tidak.

 

Maklumat yang perlu ada dalam sticker label produk

  1. Gambar Produk

Selain itu, maklumat yang perlu ada dalam sticker label produk ialah gambar produk. Gambar produk yang ingin disertakan pada sticker label mestilah boleh membuatkan customer membayangkan keenakkan makanan atau minuman tersebut. Ia akan memberi impak yang positif terhadap psikologi pengguna untuk membeli sekiranya gambar yang digunakan dapat menarik perhatian pengguna.

Gambar produk merupakan pilihan bagi usahawan untuk sertakan atau tidak pada sticker label. Ini kerana seperti penulis nyatakan tadi, nama produk sudah cukup membuatkan penulis membayangkan keenakkan makanan tersebut.

 

Maklumat yang perlu ada dalam sticker label produk

  1. Barcode

Maklumat yang perlu ada dalam sticker label produk ialah barcode. Barcode sangat penting untuk ushawan yang meletakkan produk mereka di pasaraya. Barcode menyimpan pelbagai maklumat seperti harga, SKU (Stock Keeping Unit) dan banyak lagi. Erti kata lain barcode memudahkan proses jual beli antara tiga pihak iaitu usahawan, pasaraya dan pengguna. Sekiranya usahawan ingin memasuki pasaraya, barcode adalah salah satu maklumat yang wajib disertakan pada sticker label atau pembungkusan.

 

Maklumat yang perlu ada dalam sticker label produk

  1. Logo sokongan

Akhir sekali, maklumat yang perlu ada dalam sticker label produk ialah logo sokongan. Logo sokongan yang dimaksudkan seperti logo halal, buatan Malaysia, produk Muslim, GMP (Good Manufacturing Product), MeSTI. Semua logo yang dinyatakan perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak yang berkuasa sebelum disertakan pada sticker label.

Kesimpulannya, terdapat 10 maklumat yang perlu ada dalam sticker label produk yang usahawan boleh pertimbangkan untuk sertakan dalam sticker label. Setiap maklumat yang disertakan perlu bersesuaian dengan perniagaan yang dijalankan.

 

Artikel ini ditulis berdasarkan perkongsian video daripada Menteri Printing.

Menteri Printing membantu usahawan terutamanya usahawan produk makanan dan minuman untuk mendapatkan bahan marketing atau sticker label secara online yang berkualiti dengan harga yang berbaloi.

Klik di sini untuk menonton video daripada Menteri Printing.

Subscribe to our Newsletter

Sila subscribe untuk menerima info terkini berkaitan grafik design dan lain-lain.

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Menteri Printing membantu usahawan untuk dapatkan tools marketing yang efektif. Fokus utama kepada sticker label produk dan tshirt printing.

FOLLOW FACEBOOK KAMI

SIGN UP COACHING PERCUMA

Jom sertai coaching percuma untuk perniagaan offline.

HUBUNGI KAMI

MENTERI PRINTING

© Copyright 2019      |      Menteri Printing      |      All Right Reserved      |      Made with ❤ by Eskay Web Design Agency

COACHING PERCUMA UNTUK PERNIAGAAN OFFLINE

Sila isikan detail di bawah dan sila pilih tarikh untuk sesi coaching.

HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT