4 Kelebihan Banner dan Banting Sebagai Bahan Marketing

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Artikel ini akan menerangkan tentang kelebihan banner dan banting yang usahawan perlu tahu. Banner banting adalah salah satu bahan marketing yang masih digunakan sehingga kini walaupun terdapat pelbagai kaedah marketing yang baru.

Jadi, artikel ini bertujuan untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan penerangan tentang kelebihan banner dan banting sebagai bahan marketing yang usahawan perlu tahu supaya usahawan-usahawan diluar sana dapat mengembangkan bisnes dengan menggunakan banner banting.

Sebelum penulis berkongsi tentang kelebihan banner dan banting sebagai bahan marketing, mari kita ketahui perbezaan antara kedua-duanya. Seperti yang kita dapat lihat pada gambar di bawah, banner merupakan kain rentang dalam posisi melintang manakala banting merupakan kain rentang dalam popisi menegak.

Sebagai usahawan kita perlu tahu sasaran pelanggan yang berpotensi untuk membeli dan menggunakan produk/makanan kita. Jadi, banner dan bunting merupakan salah satu cara untuk kita memperkenalkan dan mengiklankan bisnes kita kepada orang sekeliling. Seperti yang kita tahu, ia bukanlah cara yang moden tapi jangan terkejut kerana ia masih memberi impak yang besar dalam perniagaan.

 

Kelebihan Banner dan Banting Sebagai Bahan Marketing

  1.    Kos Efektif

Salah satu faktor kenapa banner dan banting masih digunakan kerana kos pembuatannya murah dan berbaloi. Kita boleh membuat design banner dan banting perniagaan menggunakan pelbagai perisian komputer (computer software). Contohnya, Illustrator, Adobe Photoshop dan lain-lain.

Semua software ini boleh digunakan untuk membuat reka bentuk atau design. Malah ia juga dapat mengubah design mengikut kreativiti dan kesesuaian perniagaan untuk dipamerkan kepada khalayak ramai.

Cara penggunaan software ini dapat diakses dan dipelajari menerusi video-video di Youtube sekiranya kita ingin menghasilkan design sendiri. Untuk lebih mudah dan menjimatkan masa, kita boleh terus mencari pusat pencetakan banner dan banting dan mengupah designer mereka menghasilkan design yang menarik mengikut kehendak kita.

 

Kelebihan Banner dan Banting Sebagai Bahan Marketing

  1.    Boleh Sasar Pelanggan

Walaupun banting dan banner murah dan mudah untuk dilakukan, tetapi kita perlu mempertimbangkan di mana kita harus letak bunting dan banner tersebut. Sama ada kita nak mempromosikan perniagaan atau acara majlis atau apa sahaja, kita harus pastikan ia adalah tempat yang senang untuk kita approach pelangan kita.

Sebagai contoh, perniagaan makanan, kita boleh letak 500m sebelum kedai dan pada kedai. Ini akan bagi informasi kepada khalayak ramai lokasi sebenar kedai apabila mereka tengok bunting 500m tadi.

Pastikan juga kita memohon kebenaran pada Majlis Bandaraya berdekatan atau pihak berkuasa sebelum menggantungkan bunting perniagaan kita di tiang-tiang lampu atau di pagar-pagar bangunan. Terpadat beberapa terma dan syarat yang kita perlu patuhi mengikut Majlis Bandaraya masing-masing. Ini kerana menjadi satu kesalahan sekiranya kita menggantungkan banting tanpa permit. Kita boleh didenda sebanyak RM1000 sekiranya kita didapati menggatung banner dan banting tanpa permit.

 

Kelebihan Banner dan Banting Sebagai Bahan Marketing

  1.    Tahan Lama

Istimewanya banner dan bunting adalah ia kekal lama walaupun terdedah pada cahaya matahari dan hujan. Sama ada yang kita gantungkan di tiang-tiang lampu, di luar kedai dan di tempat yang sentiasa terdedah pada haba. Ini kerana material yang digunakan kalis air dan tahan lasak. Walaupun warna pada banner banting akan luntur tapi ia bukan dalam jangka masa yang singkat.

Ini merupakan satu berita gembira kepada usahawan yang gemar membuka car booth sale, gerai-gerai dan apa sahaja event atau majlis yang boleh mempromosikan perniagaan kita. Jadi, kita boleh guna dalam masa yang lama. Jimatkan?

 

Kelebihan Banner dan Banting Sebagai Bahan Marketing

  1.    Visual dan Design Menarik

Akhir sekali, design pada banner dan bunting perniagaan kita juga memainkan peranan penting untuk menarik perhatian pelanggan untuk mengetahui tentang perniagaan kita. Design yang dapat menarik perhatian orang ramai mestilah mudah difahami dan padat pengisiannya.

Design banner dan bunting kita juga tidak seharusnya terlalu padat dengan gambar namun tidak boleh terlalu banyak perkataan digunakan. Ini kerana potensi untuk orang berhenti dan membacanya adalah kurang daripada 10%. Ada sesetengah peniaga mengunakan banting dengan meletakkan nama makanan atau minuman sahaja. Oleh itu, pastikan kita mempunyai elemen – elemen yang sesuai untuk design bunting.

 

Kesimpulannya, terdapat banyak kelebihan banner dan banting sebagai bahan marketing yang membuatkan usahawan masih menggunakan banner banting sebagai senjata untuk menarik perhatian bakal pelanggan mereka. Selepas ini, usahawan boleh mempertimbangkan kaedah marketing ini sekiranya ia bersesuaian dengan perniagaan anda.

 

Artikel ini ditulis berdasarkan perkongsian video daripada Menteri Printing.

Menteri Printing membantu usahawan terutamanya usahawan produk makanan dan minuman untuk mendapatkan bahan marketing seperti sticker label, banner banting, business card, flyers secara online yang berkualiti dengan harga yang berbaloi.

Klik di sini untuk menonton video daripada Menteri Printing.

Subscribe to our Newsletter

Sila subscribe untuk menerima info terkini berkaitan grafik design dan lain-lain.

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Menteri Printing membantu usahawan untuk dapatkan tools marketing yang efektif. Fokus utama kepada sticker label produk dan tshirt printing.

FOLLOW FACEBOOK KAMI

SIGN UP COACHING PERCUMA

Jom sertai coaching percuma untuk perniagaan offline.

HUBUNGI KAMI

MENTERI PRINTING

© Copyright 2019      |      Menteri Printing      |      All Right Reserved      |      Made with ❤ by Eskay Web Design Agency

COACHING PERCUMA UNTUK PERNIAGAAN OFFLINE

Sila isikan detail di bawah dan sila pilih tarikh untuk sesi coaching.

HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT