3 Jenis Material Sticker Label Produk yang Usahawan Perlu Tahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Artikel ini akan menerangkan tentang 3 jenis material sticker label produk yang usahawan perlu tahu untuk membuat keputusan yang tepat dalam memilih sticker label produk. Sticker label produk adalah salah satu bahan marketing yang berkuasa.

Jenis material yang digunakan untuk sticker label sangat penting untuk diberi perhatian kerana ia akan menjaga dan meningkatkan kualiti kepada produk yang dikeluarkan oleh usahawan.

Jadi, artikel ini bertujuan untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan penerangan tentang jenis-jenis material sticker label produk yang usahawan perlu tahu untuk memilih yang terbaik dan seterusnya meningkatkan kualiti produk yang usahawan keluarkan.

Ramai usahawan inginkan sticker yang terbaik untuk produk mereka. Tapi apakah jenis atau material yang sesuai untuk produk? Ini kerana terdapat beberapa jenis material sticker yang mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Oleh itu, terdapat tiga jenis sticker yang usahawan boleh pilih mengikut kesesuaian produk. Mari kami kongsikan

 

Jenis Material Sticker Label Produk yang Usahawan Perlu Tahu

  1. STICKER MIRRORCOAT

Jenis material sticker mirrorcoat ini diperbuat daripada kertas. Permukaan sticker mirrorcoat juga berkilat dan sangat cantik untuk sticker label produk. Malah, ia sering digunakan untuk penggunaan di sebarang majlis keraian sebagai sticker goodies bag.

Material sticker mirrorcoat ini tidak kalis tetapi masih tahan lasak untuk digunakan. Bagi usahawan produk makanan kering atau cara penyimpanan yang tidak terdedah kepada air boleh memilih sticker mirrorcoat sebagai sticker label produk. Ini juga kerana material sticker mirrorcoat lebih murah berbanding sticker yang lain.

Produk kering yang dimaksudkan seperti kerepek, kek, roti, kuih-muih, nasi bungkus, chocojar dan sebagainya. Walau bagaimanapun, untuk penggunaan produk seperti ice blended, sticker mirrorcoat ini masih boleh digunakan dan tidak akan luntur warnanya walaupun sudah terkena air, ini kerana ink atau dakwat yang digunakan adalah kalis air.

 

Jenis Material Sticker Label Produk yang Usahawan Perlu Tahu

  1. STICKER WHITE PP

Jenis material sticker White PP ini diperbuat daripada plastic. Ia seakan material Vinyl tetapi lebih nipis. Salah satu kelebihan sticker jenis ini adalah kalis air. Boleh dikatakan material sticker white pp sesuai untuk semua jenis produk, kering dan sejuk beku atau cara penyimpanan yang terdedah kepada air.

Selain itu, material sticker white pp tahan lasak dan tidak mudah koyak bila ditarik. Ketahanan sticker jenis ini tidak akan mudah koyak dengan tenaga tangan kita. Oleh itu, produk makanan yang biasa digunakan adalah sejuk beku atau frozen seperti karipap, popia, ayam perap, kambing perap, donut, dimsum dan sebagainya.

Malah, sticker white pp juga digunakan untuk produk minuman yang ingin mengunakan pelbagai warna pada sticker label produk. Kebiasaanya ditampal pada botol minuman atau bekas minuman mahupun cawan.

 

Jenis Material Sticker Label Produk yang Usahawan Perlu Tahu

  1. STICKER TRANSPARENT @ LUTSINAR

Jenis material sticker Transparent ini adalah lutsinar atau transparent. Ia juga sticker kalis air selain daripada sticker white pp. Sticker transparent boleh digunakan untuk produk sejuk beku atau botol. Penggunaan warna pada design sticker agak terhad untuk sticker transparent. Oleh itu, produk sejuk beku kurang digalakkan untuk sticker jenis ini.

Hal ini kerana, produk makanan sejuk beku perlu menggunakan pelbagai warna untuk kelihatan lain daripada yang lain dan seterusnya menarik perhatian pengguna. Jika sticker transparent ditampal pada botol, ia akan menampakkan warna minuman seperti gambar di bawah.

Ia akan kelihatan lebih eksklusif dengan packaging atau bekas yang betul. Usahawan perlu berhati-hati bila memilih material sticker transparent kerana bekas yang digunakan juga memainkan peranan untuk menampakkan sticker jenis ini lebih menonjol.

 

Kesimpulannya, 3 jenis material sticker label produk yang usahawan perlu tahu adalah sticker mirrorcoat, sticker white pp dan sticker lutsinar atau transparent. Jadi, usahawan dah kenalpasti jenis sticker mana yang sesuai untuk produk anda?

Seperti penulis nyatakan tadi, sticker label produk adalah salah satu bahan marketing yang usahawan perlu gunakan. Ia akan membuatkan produk anda kelihatan premium dan yakinkan pelanggan untuk membeli.

 

Artikel ini ditulis berdasarkan perkongsian video daripada Menteri Printing.

Menteri Printing membantu usahawan terutamanya usahawan produk makanan dan minuman untuk mendapatkan bahan marketing atau sticker label secara online yang berkualiti dengan harga yang berbaloi.

Klik di sini untuk menonton video daripada Menteri Printing.

Subscribe to our Newsletter

Sila subscribe untuk menerima info terkini berkaitan grafik design dan lain-lain.

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Menteri Printing membantu usahawan untuk dapatkan tools marketing yang efektif. Fokus utama kepada sticker label produk dan tshirt printing.

FOLLOW FACEBOOK KAMI

SIGN UP COACHING PERCUMA

Jom sertai coaching percuma untuk perniagaan offline.

HUBUNGI KAMI

MENTERI PRINTING

© Copyright 2019      |      Menteri Printing      |      All Right Reserved      |      Made with ❤ by Eskay Web Design Agency

COACHING PERCUMA UNTUK PERNIAGAAN OFFLINE

Sila isikan detail di bawah dan sila pilih tarikh untuk sesi coaching.

HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT