9 Teknik Memenangi Hati Pelanggan Yang Usahawan Perlu Tahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Artikel ini akan menerangkan tentang 9 teknik memenangi hati pelanggan yang boleh dipraktikkan oleh para usahawan. Pelanggan adalah raja dalam perniagaan. Jadi, usahawan perlu menggunakan teknik yang betul untuk menarik perhatian pelanggan untuk membeli dan terusnya membuatkan bisnes kita berkembang.

Jadi, artikel ini bertujuan untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan penerangan tentang 9 teknik memenangi hati pelanggan yang boleh dipraktikkan oleh para usahawan bagi mengembangkan lagi bisnes.

Untuk usahawan online mahupun offline yang mempunyai kedai yang kecil ataupun besar mesti sudah jumpa pelbagai ragam pelanggan kan? Semestinyaa ada yang senang dibawa berbincang dan juga cerewet. Itu sebenarnya adalah lumrah bila kita berniaga.

Jika servis anda pada pelanggan tidak memuaskan, mereka akan complain dan akan mempengaruhi pelanggan yang lain. Anda harus guna cara yang bijak untuk memenangi hati mereka tanpa merugikan perniagaan anda.

Tetapi betul ke kata orang putih “customer is always right”? Tak semestinya, kadang-kadang peniaga perlu tahu untuk ‘educate’ atau kongsi ilmu dengan pelanggan. Jadi takde-lah nanti mereka nak rasa mereka sentiasa betul sahaja.

Ini adalah teknik-teknik yang dapat memenangi hati pelanggan yang kami boleh kongsikan, tetapi yang tentukan masa depan perniagaan anda.

 

Teknik Memenangi Hati Pelanggan

  1. Menyediakan produk yang berkualiti.

Bekalkan kepada pelanggan anda produk dan servis yang berkualiti, bukan barangan lebihan orang. Dengan produk yang berkualiti, anda boleh tawarkan kepada pelanggan anda harga yang mampu dimiliki.

Bila anda berikan yang terbaik, ada harapan yang tinggi untuk pelanggan tersebut membuat pembelian ulangan di masa akan datang.

Sekiranya mereka berpuas hati dengan produk anda, secara tidak langsung mereka akan sanggup untuk membayar dengan harga yang tinggi untuk produk yang lain kerana mereka dah mula percayakan anda.

 

Teknik Memenangi Hati Pelanggan

  1. Berikan senyuman

Senyuman adalah sedekah. Sambut ‘tetamu’ anda dengan senyuman supaya mereka berasa senang setiap kali ke kedai anda.

Senyuman yang menawan dan kata-kata yang manis akan mencairkan hati pelanggan untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang anda berikan.

Senyuman juga membuatkan pelanggan merasa selesa untuk berkomunikasi dan secara tidak langsung, mereka juga akan melihat anda sebagai seorang individu yang mudah didekati.

Ia akan memudahkan urusan jual beli anda. Kekalkan senyuman di wajah anda walaupun pelanggan tidak membeli produk anda. Ada peniaga suka berkata buruk tentang pelannggan.

 

Teknik Memenangi Hati Pelanggan

  1. Sabar dan sanggup mendengar

Sebagai peniaga, anda mesti sentiasa sabar dan sanggup mendengar permintaan dari pelanggan. Jangan jadi peniaga yang hanya suka apabila dipuji tetapi mula merasa tercabar apabila perniagaannya dikritik atau diberi komen.

Kritikan dari pelanggan boleh membantu akan meningkatkan kualiti perkhidmatan perniagaan anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran untuk memberikan servis yang lebih baik.

Anda juga harus bersabar apabila melayan pelanggan yang cerewet dan banyak kerenah. Jangan sesekali mengutuk mereka atau ‘buat muka’ ketika mereka masih di kedai anda.

 

Teknik Memenangi Hati Pelanggan

  1. Berikan diskaun

Berikan potongan harga pada hari-hari tertentu seperti hari raya, musim cuti sekolah dan awal tahun. Ia merupakan satu cara untuk menarik perhatian para pelanggan.

Untuk mengelakkan pelanggan anda lari, apa kata anda gunakan promosi dengan memberikan kad membership. Cara ini akan menguntungkan kedua belah pihak di mana anda tidak hilang pelanggan dan pelanggan akan dapat harga dengan murah.

Siapa yang tidak suka dengan barangan yang murah, tetapi berkualiti. Anda juga boleh gunakan cara, apabila mencapai point-point tertentu, pelanggan akan dapat hadiah percuma atau kupon pembelian.

 

Teknik Memenangi Hati Pelanggan

  1. Percuma postage

Ramai dalam kalangan peniaga yang berniaga online mengenakan charge postage atau delivery.

Untuk pegang hati pelanggang, anda boleh sediakan perkhidmatan percuma seperti postage percuma dan perkhidmatan penghantaran.

Selitkan bersama penghantaran tersebut kad nama anda dengan ucapan terima kasih. Ia akan membuatkan pelanggan rasa dihargai dan akan mengulang order barangan anda.

Setelah barangan sampai, minta feedback dari pelanggan supaya anda boleh meningkatkan mutu perkhidmatan anda.

 

Teknik Memenangi Hati Pelanggan

  1. Ucapan terima kasih

Sebagai peniaga, ringankan mulut anda dan pekerja anda dengan ucapan terima kasih setelah selesai proses pembelian.

Jika pelanggan masuk sahaja dan tidak membeli barangan anda, ucapkan juga terima kasih kerana mereka telah masuk ke kedai anda.

Mereka mungkin akan kembali ke kedai anda jika anda berikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka. Sesetengah pelanggan akan rasa gembira jika anda ucapkan terima kasih kepada mereka.

 

Teknik Memenangi Hati Pelanggan

  1. Pelbagaikan jualan

Anda boleh cuba untuk pelbagaikan jualan produk anda iaitu tidak tertumpu pada satu barangan sahaja. Jika anda jual tudung secara online, anda boleh selitkan dengan menjual baju, seluar, skirt, handbag dan scarf.

Tujuannya supaya pelanggan boleh dapatkan semua keperluan mereka dari anda, tidak perlu buka page lain lagi. Bila perniagaan online anda semakin maju, anda boleh besarkan perniagaan dengan menyewa kedai.

Dalam satu masa, anda boleh sediakan dua perkhidmatan yang mana pelanggan boleh order secara online dan datang sendiri ke kedai anda.

 

Teknik Memenangi Hati Pelanggan

  1. Biasakan ucapan maaf

Bukan mudah melayan kerenah pelanggan, namun jika berlaku kekeliruan atau kekurangan contohnya barang lewat sampai, lambat menjawab pertanyaan, barang yang dihantar kurang berkualiti atau anda lambat melayan mereka, cepat-cepat minta maaf pada pelanggan dan selesaikan masalah yang dihadapi itu secara professional.

Jika tidak, anda akan kehilangan pelanggan. Anda mungkin akan mengaggap itu perkara biasa dan akan dapat pelanggan baru.

Jika pelanggan tersebut sebarkan servis buruk yang anda sediakan di Facebook atau blog mereka, anda mungkin akan kehilangan pelanggan yang lain. Ia juga akan menjejaskan nama baik perniagaan anda.

 

Teknik Memenangi Hati Pelanggan

  1. Fokus Pada Pelanggan Yang Sedia Ada

Dalam mencari pelanggan baru, jangan dilupakan pelanggan yang sedia ada. Anda boleh menghubungi pelanggan yang sedia ada untuk dapatkan maklum balas tentang produk atau perkhidmatan yang telah anda tawarkan.

Maklum balas mereka boleh dijadikan sebagai testimoni untuk rujukan pelanggan lain. Ia akan memberi keyakinan kepada pelanggan baru untuk menggunakan produk anda. Jika ada produk baru yang ingin dipasarkan, anda boleh perkenalkan pada pelanggan yang sedia ada dahulu.

 

Artikel ini ditulis berdasarkan perkongsian daripada Menteri Printing

Menteri Printing membantu usahawan terutamanya usahawan produk makanan dan minuman untuk mendapatkan bahan marketing seperti sticker label, banner banting, business card, flyers secara online yang berkualiti dengan harga yang berbaloi.

Klik di sini untuk melihat posting daripada Menteri Printing.

Subscribe to our Newsletter

Sila subscribe untuk menerima info terkini berkaitan grafik design dan lain-lain.

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Menteri Printing membantu usahawan untuk dapatkan tools marketing yang efektif. Fokus utama kepada sticker label produk dan tshirt printing.

FOLLOW FACEBOOK KAMI

SIGN UP COACHING PERCUMA

Jom sertai coaching percuma untuk perniagaan offline.

HUBUNGI KAMI

MENTERI PRINTING

© Copyright 2019      |      Menteri Printing      |      All Right Reserved      |      Made with ❤ by Eskay Web Design Agency

COACHING PERCUMA UNTUK PERNIAGAAN OFFLINE

Sila isikan detail di bawah dan sila pilih tarikh untuk sesi coaching.

HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT