Cara Mudah Ukur Saiz Sticker Label Pada Packaging Produk

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Artikel ini akan menerangkan tentang cara mudah untuk ukur saiz sticker label pada packaging produk anda. Saiz yang sesuai dan betul juga memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan maklumat menggunakan sticker label. Malah saiz mestilah bersesuaian dengan jumlah maklumat yang anda ingin sertakan dalam sticker label.

Semakin banyak maklumat, semakin besar besar saiz sticker. Ini bertujuan supaya semua informasi dan maklumat yang anda letak dalam sticker dapat dibaca dan difahami pengguna. Namun, ada usahawan yang inginkan saiz sticker yang besar tapi mempunyai maklumat yang sedikit. Boleh ke macamtu?

Jawapannya, boleh. Sticker yang saiz besar dan mempunyai maklumat yang sedikit dapat dipenuhkan dengan tulisan yang besar atau gambar yang berkenaan. Semua bergantung kepada kehendak anda sebagai usahawan.

Jadi, artikel ini bertujuan untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan penerangan tentang cara mudah, cepat dan senang untuk anda mengukur saiz sticker label pada packaging supaya maklumat pada sticker label dapat dibaca dan difahami pengguna. Apabila sticker label produk anda difahami, bisnes anda akan mudah dikenali ramai.

 

Cara Mudah Untuk Ukur Saiz Sticker Label

Terdapat tiga alatan yang anda boleh guna untuk mengetahui saiz sticker label produk anda.

  • Pembaris
  • Benang
  • Tali Inci
3 alatan untuk mengukur saiz sticker label

Ketiga-tiga alatan ini dapat membantu anda untuk mendapatkan saiz sticker yang ideal bagi produk anda. Sekiranya ada tiada tali inci, boleh guna pembaris dan benang sahaja. Mari saya tunjukkan cara ukur pada packaging anda.

 

Cara Mudah Untuk Ukur Saiz Sticker Label

Sekiranya anda ingin tampal sticker label pada permukaan bahagian atas packaging, pembaris atau tali inci sudah memadai untuk mendapatkan saiz sticker label yang sesuai untuk produk anda. Contohnya seperti gambar di bawah. Letak sahaja pembaris atau tali inci pada permukaan packaging untuk dapatkan lebar dan tinggi sticker label anda.

Ukur lebar sticker guna pembaris
Ukur tinggi sticker guna pembaris

 

Cara Mudah Untuk Ukur Saiz Sticker Label

Seterusnya, benang + pembaris @ tali inci amat membantu anda yang mempunyai packaging berbentuk balang dan ingin tampal pada badan packaging. Pertama sekali, anda boleh lilit benang pada badan packaging untuk saiz yang anda inginkan. Kemudian, potong benang. Ambil benang dan ukur saiz pada pembaris. Ini memudahkan anda untuk mendapatkan saiz sticker bagi packaging balang sekiranya anda tiada tali inci.

Lilit benang pada badan packaging
Potong benang mengilut lebar yang anda nak
Letak benang di atas pembaris dan tarik hingga menegang untuk dapatkan bacaan yang betul

 

Cara Mudah Untuk Ukur Saiz Sticker Label

Jika anda ada tali inci, hanya lilit dan dapatkan saiz sticker label yang anda nak. Ia sangat mudah, cepat dan senang untuk anda mengukur saiz sticker label pada packaging produk anda.

Lilit tali inci pada packaging dan dapatkan bacaan saiz sticker

 

Kebiasaanya, saiz sticker dibaca dalam centimeter (cm). Jadi, anda dah dapat saiz sticker label yang sesuai untuk produk anda. Kongsikan artikel ini kepada rakan usahawan yang lain supaya mereka mudah untuk dapatkan saiz sticker label mereka.

 

Artikel ini ditulis berdasarkan perkongsian video daripada Menteri Printing

Menteri Printing membantu usahawan terutamanya usahawan produk makanan dan minuman untuk mendapatkan bahan marketing atau sticker label secara online yang berkualiti dengan harga yang berbaloi.

Klik di sini untuk menonton video daripada Menteri Printing.

Subscribe to our Newsletter

Sila subscribe untuk menerima info terkini berkaitan grafik design dan lain-lain.

Share this post with your friends

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Menteri Printing membantu usahawan untuk dapatkan tools marketing yang efektif. Fokus utama kepada sticker label produk dan tshirt printing.

FOLLOW FACEBOOK KAMI

SIGN UP COACHING PERCUMA

Jom sertai coaching percuma untuk perniagaan offline.

HUBUNGI KAMI

MENTERI PRINTING

© Copyright 2019      |      Menteri Printing      |      All Right Reserved      |      Made with ❤ by Eskay Web Design Agency

COACHING PERCUMA UNTUK PERNIAGAAN OFFLINE

Sila isikan detail di bawah dan sila pilih tarikh untuk sesi coaching.

HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT